Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Pengerusi Masjid Nur Saadah, Mohd Bahrin Abdul Razak ketika ditemui pemberita. Foto: TVS

Berdakwah sambil beramal, eratkan silaturrahim umat Islam

KUCHING, 2 Dis: Jawatankuasa Masjid Nur Saadah dengan kerjasama Syarikat Perunding T.R.A dan Stesen Minyak Petrol B.R.F buat julung kalinya mengadakan ‘Program Jom Ke Masjid dan Dakwah Serta Berkongsi Rezeki’ di Stesen Minyak Matang Hilir di sini, hari ini.

Program ini merupakan salah satu inisiatif jawatankuasa masjid bagi membuka mata orang awam mengenai inisiatif penganjuran program tersebut serta membantu untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan umat Islam.

Timbalan Pengerusi Masjid Nur Saadah, Mohd Bahrin Abdul Razak berkata, ini merupakan peluang berdakwah sambil beramal di samping memupuk penduduk di kawasan sekitar datang mengimarahkan Masjid Nur Saadah Matang Hilir.

“Idea timbul apabila pihak kami berkongsi rezeki dengan penduduk sekitar terutamanya ketika kami bermesyuarat dan bersetuju memberi minyak petrol percuma, tiga liter untuk sebuah motosikal.

“Kami menyasarkan sebanyak 120 buah motosikal sekali gus mengejar dakwah agar belia kita mengunjungi masjid. Ini adalah rezeki yang dikongsi bersama, rezeki masjid atas sedekah duit masjid dan berkongsi kepada masyarakat setempat,” jelasnya ketika ditemui pemberita.

Sementara itu, Mohd Suhaimi yang merupakan seorang penerima insentif pengisian minyak petrol percuma itu berkata, ia sedikit sebanyak membantu memudahkan urusannya ke destinasi kerja pada pagi ini.

“Ia membantu saya mengurangkan beban. Isi sikit sudah memadai, kira rezeki saya pagi ini dan boleh diteruskan di stesen minyak yang lain,” ujar Suhaimi.

Seramai 120 orang penunggang motosikal dianggarkan mengisi petrol secara percuma dalam program yang dijalankan seawal jam 8.30 pagi di Stesen Minyak Petronas Matang Hilir.

Turut hadir Pemilik Perunding T.R.A, Ir. Tairani Abin serta Pemilik Stesen Petrol B.R.F, Farah Bolhi dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Masjid Nur Saadah. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found