Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melawat Pavilion Malaysia pada Persidangan Pihak-Pihak ke-28 (COP28) ke Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) di Dubai Expo City, Emiriah Arab Bersatu (UAE)  pada Jumaat. Foto, Bernama.

Agong berkenan luang masa bertemu pemimpin negara asing di COP28

ByBernama

KUALA LUMPUR, 2 Dis: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan meluangkan masa bertemu pemimpin-pemimpin negara asing ketika berangkat menghadiri Persidangan Pihak-Pihak ke-28 (COP28) bagi Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) di Dubai.

Menurut hantaran di Instagram Istana Negara, Yang di-Pertuan Agong berkenan meluangkan masa bertemu dan bertukar pendapat dengan Putera Monaco Putera Albert II, Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, Presiden Uzbekistan Shavkat Miromonovich Mirziyoyev dan beberapa ketua serta pemimpin negara asing yang lain.

“Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga berangkat menyempurnakan majlis perasmian Pavilion Malaysia serta menyaksikan majlis pertukaran dokumen membabitkan syarikat-syarikat Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) hari ini,” menurut hantaran itu.

Turut berangkat mengiringi Al-Sultan Abdullah ke COP28, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang turut berangkat menyampaikan titah, atas persilaan Wanita Pertama Turkiye Emine Erdogan di majlis “Climate Talks for a Green Future” di Turkish Pavillion, hari ini.

COP28 yang berlangsung dari 30 Nov hingga 12 Dis ini melibatkan 70,000 perwakilan termasuk ketua-ketua negara dan pemimpin dunia untuk melahirkan persetujuan dan memudahkan perkembangan tindakan iklim dalam kalangan pihak berkaitan, perwakilan dan ribuan pertubuhan bukan kerajaan, syarikat, kumpulan belia dan pihak berkepentingan lain. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan