Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Martin Ben menerima cenderamata semasa Majlis Perlepasan Karnival ‘Serian International Remote Control’ 2023 di Serian pada Jumaat. Foto: TVS

Peserta antarabangsa meriahkan Karnival Serian International Remote Control 2023

KUCHING, 1 Dis: Karnival ‘Serian International Remote Control’ 2023 menyaksikan peserta antarabangsa dari enam buah negara memeriahkan perlumbaan bot kawalan jauh yang bermula hari ini hingga Ahad, 3 Dis.

Menurut Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Martin Ben, penganjuran edisi ketujuh itu telah menampilkan seramai 178 peserta dari 40 pasukan tempatan termasuk antarabangsa.

Martin mendedahkan antara negara yang menghantar pasukan adalah Indonesia, Thailand, Brunei, Kuwait, Qatar dan Abu Dhabi.

“Dari dalam negara pula, kita ada wakil Sarawak sendiri, Selangor dan Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perlepasan Karnival ‘Serian International Remote Control’ 2023 di Serian pada Jumaat.

Dalam pada itu, Martin berharap perlumbaan itu berupaya menjadi salah satu program pelancongan di Bahagian Serian pada masa akan datang.

Hal ini berikutan menurut Martin penyertaannya dilihat semakin meningkat sejak ia tujuh kali dianjurkan setakat ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan