Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perompak bersenjata melarikan 188 juta rupee (US$2.2 juta) dari sebuah bank di negeri timur laut Manipur. Foto hiasan, Envato.

Perompak larikan US$2.2 juta dari bank di India

ByBernama

NEW DELHI, 1 Dis: Perompak bersenjata melarikan 188 juta rupee (US$2.2 juta) dari sebuah bank di negeri timur laut Manipur yang dilanda keganasan.

Rompakan itu berlaku di cawangan Punjab National Bank di daerah Ukhrul, 80 km dari ibu negeri Imphal, pada petang Khamis, lapor media tempatan pada Jumaat.

Cawangan itu menyimpan wang tunai Reserve Bank of India untuk diedarkan kepada bank dan mesin juruwang automatik (ATM).

Perompak mengurung pengawal keselamatan dan pekerja di dalam bilik air sebelum melarikan wang dari bilik kebal, lapor Agensi Berita PTI.

Manipur yang bersempadan dengan Myanmar, kini dilanda konflik etnik sejak pertempuran meletus antara majoriti masyarakat puak Meitei dan Kuki-Zo pada Mei tahun ini.

Negeri itu juga berhadapan masalah pemberontakan.

Pada Rabu, kumpulan pemberontak yang dikenali sebagai United National Liberation Front (UNLF) bersetuju untuk menamatkan pemberontakan dalam “perjanjian damai” penting dengan kerajaan India persekutuan dan pentadbiran Manipur. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan