Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Lukanisman Awang Sauni berkata perpustakaan digital itu memiliki konsep asas yang wajar dipuji terutama dalam menyebarkan maklumat secara inklusif berkaitan kanser. Foto: Kementerian Kesihatan (Facebook)

Malaysia lancar perpustakaan digital kesihatan pertama berkaitan kanser

ByBernama

KUALA LUMPUR, 1 Dis: Perpustakaan digital kesihatan pertama Malaysia, yang dinamakan sebagai Beauty (Bringing Education And Understanding To You) and Health Digital Library for Health Promotion and Health Screening Portal, dilancarkan secara rasmi malam tadi bersama-sama 44 video dan 48 buku kecil dengan maklumat komprehensif mengenai kanser.

Timbalan Menteri Kesihatan Dato Lukanisman Awang Sauni berkata perpustakaan digital itu memiliki konsep asas yang wajar dipuji terutama dalam menyebarkan maklumat secara inklusif berkaitan kanser kepada orang ramai.

“Membincangkan isu kanser adalah sesuatu yang mencabar dan memberi kesan terhadap emosi untuk kebanyakan orang khususnya dalam konteks Malaysia di mana penyakit itu masih dianggap sebagai sesuatu yang menakutkan,” katanya ketika berucap sebelum melancarkan perpustakaan digital itu di Pusat Konvensyen Sime Darby di sini, malam tadi.

Beliau berkata perpustakaan itu boleh membantu ahli keluarga mengenai kepentingan pengesanan awal gejala kanser kerana rawatan awal mampu menyelamatkan nyawa dan inisiatif ini dijangka mampu mendidik orang ramai kepentingan menjaga kesejahteraan seluruh ahli keluarga serta teman rapat.

“Projek Beauty and Health yang menggabungkan pusat kecantikan dan salun rambut, tampil sebagai langkah bijak untuk mendekati khalayak lebih luas… inisiatif ini bertujuan memulakan perbualan mengenai kesihatan termasuk pencegahannya, dalam mewujudkan topik perbincangan yang lazimnya dianggap tidak konvensional,” katanya.

Perpustakaan itu dilengkapi Portal Pendaftaran Saringan Kesihatan yang menawarkan hab bagi penilaian kendiri kanser serta penyimpanan data kesihatan dan boleh diakses oleh orang ramai bagi pengurusan kesihatan yang proaktif selain mengekalkan rekod klinikal terperinci untuk rekod penjagaan diri dan kesihatan.

Perpustakaan digital itu dibangunkan dengan kerjasama Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) dan Forum Kanser Asia (ACF) yang menghasilkan buku serta video pendidikan mengenai pelbagai jenis kanser dalam Bahasa Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan