Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pembangunan Belia, Sukan dan Usahawan, Datuk Dr Ripin Lamat bercakap pada sesi 'podcast' sempena Pelancaran Youth Pavilion & Lily Pond di Kapit, Sarawak.

Isu kekurangan premis niaga di Kapit akan dibincangkan – Dr Ripin

ByNazirah Adlina

KAPIT, 1 Dis: Kementerian Pembangunan Belia, Sukan dan Usahawan Sarawak memandang serius isu berkaitan kekurangan kemudahan ruang perniagaan di Kapit.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr Ripin Lamat berkata, situasi berkenaan merupakan isu utama dihadapi oleh kebanyakan usahawan belia khususnya usahawan baharu bukan sahaja di Kapit, malah juga berlaku di seluruh Sarawak.

Menurutnya untuk bahagian Kapit, pihak kementerian akan membincangkan isu itu dengan wakil rakyat kawasan itu.

“Kita akan berbincang dengan pihak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Kapit dan juga wakil rakyat Dato Sri Alexander Nanta Linggi serta agensi lain di Kapit supaya mereka memberi ruang yang lebih kepada usahawan belia di dalam premis perniagaan di Kapit.

“Ini kita akan perhalusi dengan lebih mendalam berkenaan apa masalah tersebut dari segi premis perniagaan yang mempunyai beberapa kategori seperti ruang pejabat untuk daftar lesen perniagaan,” jelas Ripin.

Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab program ‘podcast’ sempena Majlis Pelancaran Youth Pavilion & Lily Pond, Hari Belia Sarawak 2023 di Kapit, pada Jumaat.

Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Belia, Sukan dan Usahawan, Datuk Gerald Rentap Jabu serta Miss Malaysia World 2014, Dewi Sariestha.

Sementara itu Dr Ripin turut menggalakkan usahawan belia untuk mengguna pakai kemahiran digital yang mereka miliki untuk memasarkan lagi produk perniagaan ke pasaran yang lebih meluas.

Kata beliau, hal ini kerana ekonomi digital merupakan pemacu ekonomi global pada masa ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan