Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pertumbuhan ekonomi Sarawak ketika ini dilihat berada pada prestasi baik berdasarkan petunjuk kadar pengangguran yang rendah selain inflasi terkawal, kata ahli akademik.

Dialog TVS: Ekonomi Sarawak sihat, pengangguran hanya 3.3 peratus, inflasi terkawal

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 30 Nov: Pertumbuhan ekonomi Sarawak ketika ini dilihat berada pada prestasi baik berdasarkan petunjuk kadar pengangguran yang rendah selain inflasi terkawal.

Pensyarah Ekonomi di Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak, Dr Callie Lau berkata, kadar terkini pengangguran di Sarawak hanya 3.3 peratus manakala inflasi pada paras 2.7 peratus.

DUN: Sarawak diunjur peroleh pendapatan RM12.749 bilion tahun hadapan – Abang Johari

Kata beliau, Belanjawan 2024 yang diumumkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berjumlah RM12.363 bilion itu pula tidak dinafikan sebagai jumlah yang sangat besar.

“Ia (peruntukan) sebenarnya lebih berbanding apa yang diperlukan namun kita melihat komitmen kerajaan untuk membangunkan Sarawak, untuk rakyat Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu Dialog TVS membincangkan tajuk Pasca Belanjawan Sarawak 2024 yang disiarkan secara langsung malam tadi.

Pada 20 November lepas, Abang Johari Tun Openg membentangkan belanjawan terbesar dalam sejarah negeri Bumi Kenyalang, berjumlah RM12.363 bilion untuk tahun 2024.

Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan berbanding peruntukan perbelanjaan bernilai RM10.797 bilion pada 2023.

Belanjawan yang bertemakan ‘Pembangunan untuk Semua: Bersama, Membina Sarawak yang Sejahtera, Mampan dan Bersatu’ itu juga memperuntukkan RM7.800 bilion untuk pembangunan dan RM4.563 bilion untuk operasi.

Mengulas lanjut, petunjuk mengenai kadar pengangguran rendah dan inflasi terkawal, Callie berkata, ini menunjukkan ekonomi Sarawak ‘sihat’ dan Kerajaan Sarawak melakukan ‘tugas’ dengan sangat baik.

“Namun demikian terdapat risiko (berlaku) inflasi pada masa akan datang berikutan peningkatan secara mendadak (perbelanjaan yang) akan trigger inflasi kerana buat masa sekarang, ekonomi Sarawak sangat sihat.

“Ia bagaimana pelabuhan swasta akan memberi tindak balas (terhadap belanjawan besar berkenaan),” katanya.

Sementara itu, pembentangan Belanjawaan Sarawak 2024 itu dilihat melengkapi rancangan pembangunan di wilayah ini, kata Dr Dzul Hadzwan Husaini.

Pensyarah Kanan di Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) itu berkata, peruntukan besar itu bermatlamat untuk membangunkan ekonomi Sarawak.

Kata beliau, berikutan faktor berkenaan, peruntukan lebih besar disalurkan untuk pembangunan berbanding operasi.

“Ini lebih spesifik kepada objektif Sarawak dan tidak hairanlah saban tahun bajet ini dirangka bagaimana untuk selesaikan masalah tempatan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan