Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi ketika berucap pada Majlis Apresiasi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2022 & Penghargaan Pesara (Julai-Dis 2023) Lembaga Air Kuching di sini, malam ini. Foto: TVS

APC hargai warga Lembaga Air Kuching (LAK) berprestasi tinggi

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 1 Dis: Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) merupakan manifestasi penghargaan dan pengiktirafan kepada kakitangan yang berkualiti, dinamik dan berprestasi tinggi sepanjang menjalankan tugas masing-masing.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi berkata demikian Majlis Apresiasi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2022 & Penghargaan Pesara (Julai-Dis 2023) Lembaga Air Kuching (LAK) di sini, pada Jumaat.

 

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi ketika menyampaikan Anugerah Pekerja Cemerlang kepada warga kerja Lembaga Air Kuching. Foto: TVS

 

“Saya berharap agar pengiktirafan dan penghargaan ini akan menjadi pembakar semangat dan pencetus azam bukan sahaja untuk penerima anugerah tetapi juga untuk seluruh warga LAK untuk lebih cemerlang dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan,” katanya.

Terdahulu, seramai 46 orang warga LAK menerima APC bagi tahun 2022.

Sejurus itu, Julaihi turut menzahirkan penghargaan berterima kasih kepada 22 orang pesara atas khidmat yang telah diberikan sepanjang mereka bertugas.

Untuk rekod seramai 232 kakitangan LAK mendapat Purata e-Prestasi 85 peratus ke atas bagi tahun yang sama. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan