Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiket masuk ke Muzium Budaya Borneo kini boleh dibeli secara dalam talian bermula 1 Disember 2023. Foto, Muzium Budaya Borneo

Tiket masuk Muzium Budaya Borneo boleh dibeli secara dalam talian

ByOdleen Catherny

KUCHING, 30 Nov: Tiket masuk ke Muzium Budaya Borneo kini boleh dibeli secara dalam talian bermula esok (1 Disember 2023).

Ini susulan pelancaran platform jualan dalam talian oleh Jabatan Muzium Sarawak.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, langkah ini selari dengan inisiatif pendigitalan ekonomi di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS 2030).

DUN: BCM telah menerima 296,496 pengunjung tahun ini

“Orang ramai boleh melayari portal Jabatan Muzium Sarawak (museum.sarawak.gov.my) atau portal Kerajaan Sarawak (www.sarawak.gov.my) untuk pembelian tiket masuk secara dalam talian.

“Melalui laman web ini, pengunjung boleh membeli tiket dengan selamat dan selesa dari rumah mereka atau semasa dalam perjalanan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri mesyuarat bersama Majlis Warisan Sarawak di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew.

Pembayaran tiket boleh dilakukan menerusi sistem pembayaran dalam talian, kad kredit dan e-wallet, SPay Global. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan