Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kajian arkeologi yang dijalankan berjaya menemui tapak bengkel peleburan besi di Sungai Jaong, Sarawak yang dipercayai wujud pada abad kesepuluh.Foto hiasan, Envato.

Tapak peleburan besi wujud lebih 1,000 tahun ditemui di Sarawak

ByOdleen Catherny

KUCHING, 30 Nov: Kajian arkeologi yang dijalankan berjaya menemui tapak bengkel peleburan besi di Sungai Jaong, Sarawak yang dipercayai wujud pada abad kesepuluh.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ini susulan penemuan lapisan padat tanah liat terbakar bercampur dengan sisa metalurgi.

Jelas Abdul Karim, penemuan itu hasil projek kerjasama antara French School of Asian Studies (EFEO) di Kuala Lumpur dan Jabatan Muzium Sarawak membabitkan kawasan Delta Sarawak, khususnya di Sungai Jaong.

“Tapak yang ditemui itu dikaitkan dengan relau peleburan besi bulat.

“Struktur yang digali, tinggalan dan paip yang terdapat berdekatan dengan dasar struktur menjadi bukti pertama yang jelas mengenai relau peleburan besi purba di Santubong, khususnya di Delta Sungai Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat bersama Majlis Warisan Sarawak di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Karim berkata, relau itu ditemui pada tahun lepas manakala keputusan analisis radiokarbon yang diperoleh pada tahun ini menunjukkan bahawa aktiviti metalurgi wujud antara abad kesepuluh hingga abad ke-13.

“Analisis lanjut sedang dijalankan dan kita menjangkakan suatu penemuan daripada projek arkeologi ini,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan