Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang remaja ditangkap susulan kes buang bayi di kawasan perumahan di Semariang. Foto hiasan: Envato

Remaja 14 tahun ditangkap berkaitan kes buang bayi

KUCHING, 30 Nov: Seorang remaja ditangkap susulan kes buang bayi di kawasan perumahan di Semariang.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah berkata suspek berumur 14 tahun itu diberkas pada pukul 8 malam tadi.

Terdahulu, polis pergi ke lokasi di kawasan perumahan itu dan mendapati bayi tersebut masih hidup serta dalam keadaan sihat.

“Bayi tersebut dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk pemeriksaan lanjut dan seterusnya akan dirujuk ke pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurutnya kes disiasat di bawah Seksyen 317, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya. – TV

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan