Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain PDRM FC meraikan jaringan ketika menentang Kuching City pada perlawanan Akhir 1 Challenge Cup MFL 2023 di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya, malam tadi. Foto, Bernama.

Piala Cabaran: PDRM FC bawa bekalan selesa ke Sarawak

ByBernama

PETALING JAYA, 30 Nov: PDRM FC menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri selepas melakar kemenangan 3-0 ke atas Kuching City FC, dalam perlawanan akhir pertama Piala Cabaran 2023 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di sini malam tadi.

Skuad Sang Saka Biru kendalian Datuk Ahmad Yunus Mohd Alif, jelas menguasai sebahagian besar permainan pada separuh masa pertama dengan mencipta banyak peluang untuk menjaringkan gol.

Bagaimanapun, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sehingga separuh masa pertama tamat.

Apa kau lakukan wahai Kamara – Irfan Bakti

Bersambung babak kedua, PDRM menggandakan serangan dan hasilnya mereka berada di depan, selepas Marcus Papee Macauley membuat hantaran lintang ke kawasan kotak penalti Kuching City yang kemudian disempurnakan dengan tandukan Mohamad Nabil Ahmad Latpi, pada minit ke-53.

Selang 15 minit kemudian, Uche Agba memberikan keselesaan buat PDRM selepas rembatan padu di dalam kotak penalti, terbias tangan kiri penjaga gol lawan Wan Muhammad Azraie Wan Teh sebelum bola tersebut memasuki gawang Kuching City.

Apa kau lakukan wahai Kamara – Irfan Bakti

Kapten pasukan PDRM Amir Saiful Badeli memastikan bekalan selesa untuk perlawanan akhir kedua (timbal balik) pada Ahad ini di Stadium Negeri, Sarawak menerusi gol ketiga pada minit-minit terakhir permainan selepas beliau memanfaatkan kekalutan yang berlaku di hadapan gol pasukan pelawat.

“Kita tak boleh terlalu gembira sebab ada lagi 90 minit perlawanan pada aksi timbal balik. Macam-macam boleh berlaku dan mereka sudah pasti akan berikan sehabis baik di laman mereka nanti,” kata Ahmad Yunus pada sidang media selepas tamat perlawanan.

Aidil berhadapan tugas getir bimbing Kuching City

Sementara itu, jurulatih Kuching City Aidil Sharin Sahak mengakui berdepan cabaran sukar pada aksi timbal balik nanti, namun optimis pasukannya itu mampu melakar kejutan kepada PDRM.

“Satu pencapaian cukup cemerlang untuk sampai ke peringkat akhir ini, apa pun kita akan berikan cabaran terbaik nanti,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan