Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Komisioner Jeneral Penjara Malaysia Datuk Nordin Muhamad ketika berucap di Majlis Perasmian Kuarters Penjara Pusat Sri Aman. Foto: TVS

Penjara Pusat Sri Aman dilengkapi 23 unit kuarters baharu

SRI AMAN, 30 Nov: Kemudahan kuarters di Penjara Pusat Sri Aman di sini siap sepenuhnya telah memberikan keselesaan kepada mereka yang berpindah ke perumahan itu sejak Mei lepas.

Menurut Komisioner Jeneral Penjara Malaysia Datuk Nordin Muhamad, kuarters 23 unit bernilai RM14 juta itu juga menghentikan igauan ngeri kakitangan yang pernah menetap di dalam sel penjara susulan kuarters tidak mencukupi sebelum ini.

Nordin berkata dengan adanya unit kuarters baharu itu ia sekali gus menghimpunkan fasaliti perumahan di sini berjumlah 52 unit.

“Alhamdulilah kakitangan di Penjara Sri Aman telah dapat menikmati kemudahan perumahan yang baharu sebanyak 23 unit dan ini menjadikan keseluruhan fasiliti perumahan yang ada di sini berjumlah 52 unit,” katanya pada Majlis Perasmian Kuarters Penjara Pusat Sri Aman di Sri Aman hari ini.

Walau bagaimanapun Nordin menambah Penjara Pusat Sri Aman masih lagi memerlukan kuarters tambahan lagi pada masa hadapan dengan melihat kepada keperluan dan kapasiti kakitangannya nanti.

“Kerana jumlah kuarters yang ada di penjara Sri Aman baru memenuhi 46 peratus daripada keperluan kuarters untuk kakitangan di penjara Sri Aman ini,” jelasnya.  -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan