Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Lee Kim Shin meninjau projek pembinaan jambatan udara baharu di Lapangan Terbang Antarabangsa Miri, hari ini. Foto TVS.

Pembinaan jambatan udara baharu di Lapangan Terbang Antarabangsa Miri siap

MIRI, 30 Nov: Projek pembinaan jambatan udara baharu serta penggantian kemudahan sedia ada itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Miri (LTAM) yang menelan kos sebanyak RM2.7 juta telah siap.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, jambatan itu dijadual akan mula digunakan pada 15 Januari tahun depan.

Dua fasa untuk cadangan naik taraf Lapangan Terbang Miri

Kata beliau, permohonan untuk membina jambatan berkenaan dilakukan oleh pihaknya pada tahun lepas.

“Sekarang sudah ganti dan turapan juga siap. Kos turapan bernilai RM800,000 manakala jambatan udara baharu bernilai RM1.9 juta.

“Ketika ini, kita menunggu juruukur untuk buat penjajaran baharu (sebelum dibuka),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau projek berkenaan di sini hari ini.

Sementara itu beliau memberitahu, dua jambatan udara baharu juga dibina di LTAM pada tahun depan selain proses naik taraf jambatan sedia ada.

“Turapan di Bay 3 akan dibuat baharu, dengan adanya jambatan udara itu kelak, kita berharap tiada masalah seperti dahulu,” tambahnya.

Sementara itu beliau memaklumkan Lapangan Terbang Bintulu juga akan melaksanakan projek membina dua jambatan udara baharu pada tahun depan yang melibatkan kos RM4.4 juta. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan