Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Rospiagos Taha (tengah) bergambar kenangan bersama kadet-kadet JPJ pada majlis penutup Perkemahan Kadet JPJ Peringkat Zon Selatan di Pusat Kokurikulum Negeri Melaka dekat Lancang Merlimau. Foto, Bernama.

JPJ tumpu program advokasi pelajar bawa kenderaan ke sekolah

ByBernama

JASIN, 30 Nov: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terus memperkasakan program advokasi mengenai kepentingan mempunyai lesen dalam masyarakat terutama dalam kalangan pelajar sekolah bagi memastikan mereka tidak terus melanggar peraturan jalan raya.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Rospiagus Taha berkata ini termasuklah menyasarkan tempoh enam bulan untuk memastikan 23,000 individu dalam kalangan usia 16 hingga 35 tahun termasuk pelajar yang membawa kenderaan ke sekolah tanpa lesen mematuhi peraturan jalan raya.

“Kita tidak akan mengambil tindakan undang-undang seperti saman kerana kita dalam fasa advokasi dan dalam masa sama, kita juga faham mengenai kekangan dihadapi oleh pelajar yang memerlukan kenderaan untuk datang ke sekolah.

“Mengenai tindakan terhadap ibu bapa yang membenarkan anak mereka membawa kenderaan tanpa lesen, itu juga kita akan fokus kepada advokasi dan memiliki lesen yang sah,” katanya selepas merasmikan Majlis Penutup Perkhemahan Kadet JPJ peringkat zon selatan di Pusat Kokurikulum Negeri Melaka, Lanchang, Merlimau di sini malam tadi.

Beliau juga percaya pendekatan advokasi yang dilakukan secara sistematik dan bersasar yang dilakukan setakat ini dalam meningkatkan kesedaran memiliki lesen secara sah akan merendahkan statistik sedia ada namun tetap bergantung kepada kerjasama semua pihak.

“Saya optimis program seperti Kadet JPJ yang melibatkan pelajar sekolah akan memberi kesan kepada adik-adik ini mengenai kepentingan memiliki lesen dan mematuhi peraturan jalan raya, sekali gus turut menyedarkan ibu bapa,” katanya.

Sementara itu mengenai perkhemahan Kadet JPJ yang dianjurkan, Rospiagus berkata program berkenaan akan memberi impak positif terutama berkaitan disiplin dan sahsiah diri kepada lebih 300 pelajar dari Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur yang menyertai perkhemahan selama empat hari sejak Isnin lepas.

“Kami melihat pasukan Kadet JPJ ini sebagai Duta Keselamatan Jalan Raya dan platform terbaik untuk melatih ahli-ahlinya dalam membantu menyampaikan mesej advokasi keselamatan jalan raya kepada pelajar lain di sekolah dan ibu bapa agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya ditetapkan.

Menurut beliau, bagi sesi akademik 2022/2023 sebanyak 21, 834 pelajar dari 388 sekolah menyertai pasukan Kadet JPJ dan daripada jumlah itu, sebanyak 930 pelajar dari sembilan sekolah adalah dari Melaka. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan