Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rang undang-undang yang dibentangkan Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa itu antaranya memperuntukkan larangan bagi menjual dan membeli produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau atau mengadakan apa-apa perkhidmatan untuk merokok kepada Orang Belum Dewasa. Foto: Bernama

Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok

ByBernama

KUALA LUMPUR, 30 Nov: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dengan undian suara.

Rang undang-undang yang dibentangkan Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa itu antaranya memperuntukkan larangan bagi menjual dan membeli produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau atau mengadakan apa-apa perkhidmatan untuk merokok kepada Orang Belum Dewasa (OBD).

Ia juga menyaksikan pengguguran peruntukan berkaitan generasi penamat (GEG) iaitu larangan penjualan produk tembakau dan rokok serta larangan merokok bagi orang yang lahir pada 1 Jan 2007 dan seterusnya.

Rang undang-undang yang mengandungi Fasal 1 hingga 54 itu dibentang semula bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada Selasa, sebelum dibentang untuk bacaan kali kedua semalam dan dibahas 27 Ahli Parlimen.

Dalam pada itu, Dr Zaliha menzahirkan ucapan penghargaan kepada empat bekas Menteri Kesihatan kerajaan terdahulu yang telah berusaha dalam menangani isu merokok selain memperjuangkan rang undang-undang berkaitan rokok.

“Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan penghargaan kepada menteri kesihatan sebelum ini, Datuk Seri Dr S. Subramaniam, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Khairy Jamaluddin.

“Terima kasih atas usaha yang dicurahkan dalam usaha tangani isu merokok secara amnya dan khususnya dalam membangunkan rang undang-undang yang telah kita (Dewan Rakyat) luluskan hari ini,” katanya.

Sementara itu, Dewan Rakyat turut meluluskan Rang Undang-Undang Makanan (Pindaan) 2023 bagi meminda Akta Makanan 1983, selaras dengan kelulusan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan