Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Komisi Pemilihan Umum (KPU) Indonesia sahkan sistem datanya diserang penggodam. Foto, David Andreas (TVS).

Data peribadi 204 juta pengundi Indonesia bocor, diserang penggodam Jimbo

JAKARTA, 30 Nov: Data peribadi seramai 204 juta pengundi bagi Pilihan Raya Umum Indonesia bagi tempoh 2024 hingga 2029 dibocorkan selepas diserang penggodam, ‘Jimbo’.

Data itu dimuat naik dalam laman web gelap, BreachForums dan dijual pada harga kira- kira lebih RM36 juta.

Jimbo mengaku ‘mencuri’ data daripada Komisi Pemilihan Umum (KPU) Indonesia yang baharu selesai mengumpul data peribadi pemilih untuk pilihan raya yang dijadual berlangsung tahun depan.

Ketua KPU, Hasyim Asyari berkata, pihaknya telah melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa berkaitan bagi membolehkan siasatan lengkap dilakukan.

“(Buat masa ini) sebagai tindak balas kecemasan, kami menyemak sistem sedia ada sebagai usaha menangani tindakan penggodam itu,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Hasyim berkata, siasatan juga bagi memastikan keselamatan data peribadi pengundi.

Difahamkan data peribadi yang dijual oleh penggodam termasuklah nombor pasport bagi pengundi yang berada di luar negara, nama penuh, jantina, tarikh lahir, tempat lahir, status perkahwinan, alamat lengkap serta tempat mengundi.

Data seramai 105 juta pengundi yang disimpan KPU pernah digodam pada tahun lepas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan