Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto: TVS

Tingkatkan kewangan Islam – Anwar

KUCHING, 29 Nov: Kewangan Islam perlu ditingkatkan supaya ia memenuhi objektif ‘Maqasid Syariah’ yang menitikberatkan soal keadilan dan ihsan dalam bidang kewangan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penubuhan-penubuhan institusi kewangan Islam seperti Bank Islam Malaysia dan Lembaga Tabung Haji adalah inisiatif penting untuk memenuhi objektif tersebut.

Menurutnya, akan tetapi ia masih belum cukup kerana rakyat Malaysia masih lagi dibelenggu ketidakseimbangan kewangan.

“Kita harus bergerak hadapan melalui inovasi, bukan sahaja dalam memastikan sistem perbankan itu halal dari segi hukum syarak dan bebas daripada unsur-unsur riba dan selebihnya akan diurus oleh sistem kewangan konvensional.

“Kita harus memastikan dan menilai secara kritikal bagaimana kita hendak menyelesaikan masalah ketidakseimbangan kewangan ini dan ia boleh dilakukan dengan konsep Qard Hasan di mana pinjaman diberikan tanpa sebarang faedah.

“Untuk menjayakannya, ia memerlukan lebih banyak lagi penyertaan dan penyediaan instrumen perbankan yang relevan,” katanya ketika berucap di Majlis Makan Malam sempena Forum Perniagaan Muslim Global (GMBF) 2023 di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) malam tadi.

Beliau menyeru agar peserta forum tersebut yang terdiri daripada pakar kewangan antarabangsa untuk mencari jalan bagi menyelesaikan masalah kapitalisme yang memberi kesan buruk kepada rakyat.

Anwar mengambil contoh di Amerika Syarikat di mana beberapa negeri seperti New York, Chicago dan San Francisco mengalami masalah gelandangan dalam sekala besar.

Di Malaysia, inisiatif seperti transformasi digital sistem perbankan Islam dalam perniagaan telah dilakukan bagi menggerakkan sistem kewangan yang lebih patuh kepada kewangan Islam.

Dalam masa sama, Anwar menyeru untuk mengadakan sesi dialog antara agama terutama sekali dalam aspek kewangan Islam supaya lebih banyak lagi kolaborasi dapat diadakan dan pemahaman berkenaan kewangan Islam dapat difahami dengan lebih jelas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan