Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof. Foto, TVS.

Peruntukan ahli parlimen pembangkang, Kerajaan Persekutuan sedia berbincang – TPM Fadillah

KUCHING, 29 Nov: Kerajaan Persekutuan terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan ahli parlimen pembangkang berkaitan peruntukan untuk mereka, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau mendedahkan setakat ini, hanya Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pernah datang berjumpa beliau untuk berbincang berkaitan perkara berkenaan.

Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa kerajaan bersedia untuk mengadakan rundingan berkaitan perkara berkenaan namun sehingga kini belum ada lagi wakil pembangkang lain datang menemui beliau.

“Setakat ini apa yang diharapkan ialah Yang Berhormat untuk wakil daripada pembangkang khususnya ketua pembangkang untuk berjumpa dan berbincang…Perbincangan itu bukan untuk menyokong Perdana Menteri tapi lebih berbincang bagaimana kita nak menjalinkan kerjasama dalam kita mentadbir menguruskan hal ehwal negara, pentadbiran kerajaan dan juga parlimen,” katanya.

Fadillah berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Forum Perniagaan Muslim Global (GMBF) ke-2 2023 di Kuching pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau mendedahkan fokus utama perbincangan tersebut adalah untuk menguruskan kerajaan dengan baik kerana pihak kerajaan juga memerlukan pembangkang yang konstruktif dan boleh bekerjasama termasuklah perkara yang tidak boleh dilakukan terutama sekali melibatkan imej negara, hubungan murni antara kaum dan agama mesti dipelihara.

“Maknanya kita memerlukan pembangkang, pembangkang yang konstruktif tapi dalam bentuk konstruktif apa yang kita boleh bekerjasama termasuklah perkara yang tidak boleh kita lakukan untuk mengelakkan pertama sekali imej negara kita, hubungan murni antara kaum antara agama mesti dipelihara,” ujarnya.

Tambahnya, setakat ini belum ada lagi perbincangan dibuat kerana pihaknya berkehendakkan perbincangan terlebih dahulu bersama pihak pembangkang.

Fadillah menambag ia bertujuan untuk mewujudkan pembangkang dan kerajaan yang mempunyai tanggungjawab bagaimana mereka dapat memainkan peranan masing-masing.

“Tak ada kita nak berbincang dulu, kita berbincang keseluruhannya perihal peruntukan perihal bagaimana kita nak jalin kerjasama bukan maknanya untuk menyokong Perdana Menteri tapi lebih kepada urus tadbir yang baik,” jelasnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan