Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Antara jalan-jalan yang ditutup sempena Perarakan Krismas Bandaraya Miri pada 2 Disember depan. Foto: IPD Miri

Perarakan Krismas Miri pada 2 Dis, beberapa jalan ditutup

MIRI, 29 nov: Beberapa jalan utama di sini akan ditutup bagi memberi laluan sambutan dan perarakan Hari Krismas Bandaraya Miri pada 2 Disember ini.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner (ACP) Alexson Naga Chabu berkata perarakan tersebut akan bermula di Dataran Kipas di sini pada hari berkenaan.

“Bersempena dengan program itu, katanya pihak polis akan membuat penutupan dan lencongan jalan yang akan bermula jam 4.30 petang sehingga selesai.

“Jalan-jalan yang akan ditutup termasuk Jalan Kipas/Bulatan Kipas, Persimpangan Jalan Merpati, Jalan Persekutuan/Jalan Sylvia, Jalan Post/Jalan Sylvia dan lampu isyarat Ambank,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Selain daripada itu, katanya laluan lain yang turut terjejas termasuk Jalan Merdu (dilencongkan ke Jalan Bintang Jaya 5), ​​Lampu Isyarat Jalan Sylvia (dilencongkan ke Jalan Brooke), Lampu Isyarat Jalan Brooke (dilencongkan ke Jalan Kingsway), Lampu Isyarat Jalan Kingsway (Hadapan Pejabat residen Lama dilencongkan ke Jalan Padang), Jalan Melayu /Jalan Kingsway (Laluan dari Jalan Melayu dilencong ke Jalan Cina), Bulatan Kenyalang dilencong ke Jalan Bendahara dan Jalan High Street, Lampu Isyarat Jalan Nakhoda Gampar (dilencong ke Jalan Permaisuri), dan Lampu Isyarat Jalan Merbau (Mega Hotel) dilencong ke Jalan Masjid.

Alexson berkata, orang awam yang menghadiri program ini diingatkan untuk meletakkan kenderaan di tempat letak kenderaan berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Bintang, tempat letak kenderaan di Stadum Tertutup Miri dan Stadium Terbuka Miri.

“Orang ramai khususya warga Miri dinasihatkan supaya merancang perjalanan dan memilih laluan alternatif bagi menggelakkan terperanglap dalam kesesakan lalu lintas sepanjang penutupan.

“Pihak polis juga berharap semua pihak dapat memberi kerjasama dan mematuhi arahan petugas bagi memastikan program ini berjalan lancar.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan trafik daerah Miri di talian 085-430479.

Dalam pada itu, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijangka hadir untuk menyaksikan perarakan tersebut.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan