Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Majlis Makan Malam Gala Forum Perniagaan Muslim Global (GMBF) 2023 di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) malam tadi. Foto: TVS

GPS main peranan penting dalam kestabilan politik Malaysia – Perdana Menteri

ByYusuf Shukri

KUCHING, 29 Nov: Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah membuktikan peranan yang penting dalam mewujudkan kestabilan politik di Malaysia.

Sempena ulang tahun pertama penubuhan Kerajaan Perpaduan pada 28 November, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan kesyukuran terhadap sokongan padu Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam menyatukan negara yang suatu ketika menghadapi perpecahan politik.

“Tidak dapat dinafikan bahawa pimpinan Abang Jo dan GPS telah membawa kepada kestabilan ini dan kini memiliki majoriti dua pertiga di Parlimen.

“Oleh itu, acara malam ini juga adalah acara yang saya kira amat bermakna untuk Kerajaan Perpaduan,” katanya dalam ucapannya pada Majlis Makan Malam Gala Forum Perniagaan Muslim Global (GMBF) 2023 di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) malam tadi.

Anwar juga mengimbau detik-detik permulaan ketika menerajui pimpinan negara di mana barisan kabinet terpaksa menghadapi cabaran politik daripada pelbagai pihak, namun beliau bersyukur kestabilan telah berjaya dikecapi.

“Kestabilan ini membolehkan kita untuk mengadakan acara seperti GMBF yang menjadi platform untuk berbincang secara fokus dalam aspek pembangunan ekonomi, peralihan tenaga dan transformasi digital,” tambahnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan