Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg Foto, Bernama.

DUN: Teknologi digital gandakan saiz ekonomi Sarawak, capai aspirasi 2030

ByMuqri Aziz

KUCHING, 29 Nov: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari optimis penggunaan teknologi digital akan menggandakan ekonomi Sarawak sekali gus mencapai aspirasi Sarawak berstatus negeri maju menjelang 2030.

Abang Johari berkata pendigitalan akan menjadi pemangkin bagi Sarawak sebagai ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan dan perlu mempelbagaikan ekonomi Sarawak dengan mengalakkan perindustrian, menarik pelaburan asing, menggalakkan perkongsian awam-swasta, membangunkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan berubah menjadi ekonomi pelbagai rupa.

“Kita mesti secara aktif menerima teknologi digital khususnya Kecerdasan Buatan (AI) generatif untuk memacu ekonomi kita melalui data dan inovasi untuk pembangunan mampan.

“Generatif AI akan merevolusikan industri, meningkatkan produktiviti merentas pelbagai sektor dengan mengautomasikan tugas, memberikan pandangan berharga, mengoptimumkan proses dan menyelesaikan masalah yang kompleks.

“Maksudnya adalah kita boleh mengembangkan ekonomi kita dengan lebih pantas dalam era pendigitalan, menggabungkan kecerdasan mesin dan manusia. Untuk Sarawak kekal relevan, kita mesti bekerja seiring dengan kemajuan teknologi global,” katanya semasa penggulungan pada persidangan hari ke-8 DUN Sarawak di sini hari ini.

Ini kerana jelas Abang Johari menurut laporan terkini IMF Report pada Oktober 2023, KDNK ekonomi global mencatatkan USD104 triliion dan menurut Oxford Economics Report, ekonomi digital dijangka menyumbang secara purata 24.3 peratus kepada ekonomi dunia.

“Dengan kata lain, ekonomi digital dijangka menyumbang kira-kira USD25 trilion kepada ekonomi dunia pada tahun 2022.

“Ringkasnya, jika Sarawak boleh memanfaatkan 0.1 peratus daripada KDNK ekonomi digital global, ini akan menyumbang kira-kira USD25 bilion atau RM113 bilion kepada KDNK Sarawak,” ujarnya.

Sehubungan itu, ujar beliau Kerajaan Sarawak telah melancarkan Pelan Tindakan Ekonomi Digital Sarawak 2030 bagi meneruskan usaha untuk mengubah keseluruhan ekonomi dan masyarakat daripada ekonomi berasaskan sumber konvensional kepada ekonomi berasaskan teknologi yang mampan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan