Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berucap pada Majlis Badudun Aidilfitri anjuran Persatuan Anak Jati Lawas di Kuching (JATI), di Dewan Sri Bunga Rampai, di sini, hari ini. Foto: Zaim Zharfan (TVS).
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Foto: Zaim Zharfan (TVS).

DUN: STATOS jana lebih RM70 juta nilai eksport

ByMarzella Sigai

KUCHING, 29 Nov: Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak Singapura (STATOS) telah menjana lebih RM70 juta nilai eksport menerusi aktiviti mengeksport produk dan perkhidmatan secara global daripada lebih 35 pembekal tempatan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ini termasuk 19 perusahaan Sarawak yang disokong di bawah Skim Bantuan Promosi yang ditawarkan oleh STATOS.

“Selain itu, aktiviti-aktiviti ini turut menarik tiga syarikat korporat Singapura untuk menganjurkan pelbagai acara perniagaan di Sarawak, melibatkan lebih 400 peserta.

“Dari segi pelaburan, sebuah syarikat Singapura sedang berunding untuk melabur kira-kira RM45 juta dalam projek pembuatan solar terapung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Katanya, Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak Brunei (STATOB) yang telah ditubuhkan di Brunei Darussalam, dijangka akan beroperasi menjelang 2024.

“Kami juga merancang untuk menubuhkan pejabat yang serupa di Kalimantan, Indonesia,” ujarnya lagi.

Awang Tengah berkata, bagi memastikan semua inisiatif dan usaha ini lebih berkesan, Kementerian Perdagangan, Industri dan Pelaburan Sarawak akan membangunkan Dasar Pelaburan Sarawak dengan matlamat untuk menyediakan strategi promosi pelaburan yang komprehensif, termasuk merangka insentif pelaburan yang tersusun dan disasarkan untuk menarik pelabur domestik dan antarabangsa.

“Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak Singapura (STATOS) yang ditubuhkan pada 2019, bertujuan untuk menghubungkan Sarawak ke pasaran global melalui Singapura.

“Antara usaha untuk menghubungkan perusahaan Sarawak ke pasaran Singapura untuk sektor makanan dan mempromosikan aktiviti pelancongan, termasuk menganjurkan webinar, menyertai Pameran Perdagangan Singapura dan memperkenalkan program Duta Sarawak serta Skim Bantuan Promosi,” tambahnya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan