Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

DUN: Sarawak keluarkan 64,263 tan metrik kayu palet pada tiga suku pertama 2023

ByAkma Salleh

KUCHING, 29 Nov: Sarawak telah mengeluarkan kira-kira 64,263 tan metrik kayu palet daripada sisa hutan dan kelapa sawit yang ditanam dalam tempoh tiga suku pertama tahun ini.

Menurut Premier Sarawak yang juga Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, bagi tempoh yang sama, 46,065 tan metrik telah dieksport ke pasaran Jepun, Korea dan Eropah yang menyumbang kepada pendapatan eksport kira-kira RM36 juta.

“The Future Market Insights telah melaporkan bahawa unjuran nilai pasaran kayu palet global pada 2023 ialah kira-kira USD10 bilion.

“Malah jualan global bagi kayu palet dijangka mencatatkan kadar pertumbuhan tahunan terkompaun kira-kira 10.2 peratus, bersamaan dengan kira-kira USD24 bilion, sepuluh tahun dari sekarang,”  katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 (Bacaan Kali Ketiga) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini hari ini.

Beliau menambah pertumbuhan permintaan yang teguh turut didorong oleh peningkatan trend global yang mengutamakan tenaga boleh diperbaharui untuk mengurangkan pemanasan global sambil mengurangkan penggunaan bahan api fosil dan arang batu.

“Dengan membangunkan loji janakuasa baharu yang menggunakan kayu palet akan mewujudkan permintaan domestik untuk komoditi ini.

“Pertumbuhan baharu dalam permintaan domestik ini akan menyediakan peluang pelaburan untuk lebih banyak kilang pelet untuk menangkap permintaan domestik dan global. Dengan sumber biojisim yang luas yang belum diterokai, Sarawak berpotensi untuk muncul sebagai salah satu hab pengeluaran bagi pelet biojisim di rantau ini,” ujarnya.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni berkata sektor tenaga boleh diperbaharui bukan lagi asing buat Sarawak dan negeri ini dijangka melangkah setapak lagi ke hadapan melalui penghasilan tenaga menggunakan kayu palet.

Ini kerana katanya Sarawak telah mengeksport kayu palet ke Eropah yang digunakan atas tujuan sama.

Untuk rekod, penggunaan kayu palet sebagai pengeluaran tenaga boleh diperbaharui telah digunakan di United Kingdom sehingga dapat menghasilkan 2,500 megawatt tenaga. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan