Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Foto: Mohamed Raffiq (TVS).

DUN: Produk berasaskan buluh mempunyai pasaran luas – Awang Tengah

ByAkma Salleh

KUCHING, 29 Nov: Produk berasaskan buluh mempunyai potensi pasaran yang luas dengan nilai eksport global produk tersebut pada tahun 2022 adalah bernilai USD66.2 bilion.

Menurut Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, nilai eksport berkembang pada kadar empat peratus setahun.

“Pada tahun yang sama, jumlah nilai eksport produk buluh Malaysia mencecah RM8.4 juta, manakala bagi Sarawak, nilai pasaran produk buluh adalah sebanyak RM1.2 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Dalam masa sama, Awang Tengah juga memaklumkan, berdasarkan kajian oleh International Network for Bamboo and Rattan (INBAR) yang berpusat di Beijing, China, buluh berupaya menyerap karbon empat kali lebih tinggi dan menghasilkan oksigen 35 peratus lebih tinggi berbanding spesis pokok.

“Oleh itu, selain dari menjadi sumber bahan mentah bagi industri hiliran, aktiviti penanaman buluh juga berpotensi tinggi untuk dibangunkan bagi tujuan perdagangan karbon.

“Kerajaan Sarawak melalui PUSAKA telah mensasarkan 10,000 hektar kawasan untuk penanaman buluh menjelang tahun 2030 sebagai sumber bahan mentah industri hiliran. Sehingga kini, seluas 3,661 hektar kawasan telah ditanam dengan pelbagai spesis buluh oleh pihak industri dan komuniti,” katanya lagi.

Pada tahun 2019, PUSAKA telah mengambil inisiatif untuk membangunkan industri buluh menerusi Pelan Pembangunan Industri Buluh Sarawak agar pembangunan tanaman ini lebih terancang.

Antara inisiatif yang dilaksanakan termasuklah mewujudkan tapak semaian buluh dan bambusetum; membangunkan plot perintis (pilot project) di Sabal dan Tanjung Manis; membangunkan ladang buluh secara komersial dan melalui program penanaman dalam komuniti; membangunkan industri hiliran berasaskan buluh; serta mempergiatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan