KUCHING, 29 Nov: Penjawat awam Sarawak akan menerima Bantuan Khas Kewangan berjumlah dua bulan gaji pokok pada Disember depan.
Khabar baik itu diumumkan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam ucapan penggulungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.
âPerkhidmatan awam bekerjasama dengan kerajaan untuk memberikan kesejahteraan kepada rakyat. Bagi menghargai jasa penjawat awam, sukacita saya bagi pihak rakan-rakan saya mengumumkan pembayaran Bantuan Khas Kewangan kepada semua anggota perkhidmatan awam Sarawak termasuk badan berkanun Sarawak dan Pihak Berkuasa Tempatan Sarawak sebanyak dua bulan gaji pokok mereka.
âPembayaran Bantuan Khas ini akan dibuat sebelum penghujung tahun 2023,â ujarnya.
Abang Johari memberitahu seramai 28,000 anggota Perkhidmatan Awam Sarawak akan menerima Bantuan Khas Kewangan yang melibatkan anggaran perbelanjaan dan implikasi kewangan sebanyak RM172 juta.
Dalam pada itu, beliau juga mengumumkan Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM600 juga diberikan kepada semua penjawat Perkhidmatan Awam Persekutuan yang berkhidmat di Sarawak sepanjang tahun 2023 ini.
âKita juga tidak melupakan anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan yang telah bersama sama berganding bahu dan menyumbang kepada usaha pembangunan sosioekonomi Sarawak sepanjang tahun ini.
âMereka terdiri daripada lebih kurang seramai 130,000 anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan, termasuk Badan Beruniform, Anggota Keselamatan dan Badan Berkanun Persekutuan yang tertentu,â ujarnya lagi.
Menurut Abang Johari yang menjangkakan ia melibatkan anggaran implikasi kewangan sebanyak RM78 juta dan akan dibayar pada awal tahun hadapan. – TVS