Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto, TVS.

DUN: PCDS 2030 pacu Sarawak berada di landasan tepat raih pelaburan

BySalasiah Safian

KUCHING, 29 Nov: Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 diyakini berada pada landasan yang tepat berikutan kejayaan Sarawak meraih beberapa pelaburan.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg optimis langkah positif itu berpihak kepada Sarawak susulan kestabilan politik di negeri ini dan berpaksi kepada dasar serta strategi kerajaan yang jelas.

“Di bawah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) kami (Kerajaan Sarawak) telah meluluskan RM38 bilion untuk mempercepatkan projek infrastruktur untuk pembangunan sosioekonomi dan pada masa yang sama, untuk memenuhi keperluan pelabur swasta.

“Jumlah ini melebihi dana alternatif yang telah diperuntukan untuk projek infrastruktur strategik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 (Bacaan Kali Ketiga) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini pada Rabu.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata isu kekurangan bekalan simen untuk tujuan pembangunan juga telah diselesaikan dengan penerimaan penghantaran simen dari Vietnam pada Jumaat (24 November) lalu di Pelabuhan Tanjung Manis.

“Bekalan simen ini akan memenuhi permintaan industri pembinaan untuk mempercepatkan pembangunan infrastruktur di Sarawak,” jelas beliau. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan