Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Baki seramai 60 Ketua Isi Rumah (KIR) Fasa Pertama bagi Projek Pembangunan Darul Hana akan dipindahkan ke Darul Hana pada suku pertama tahun 2024.  Foto fail: TVS

DUN: 60 KIR akan berpindah ke Darul Hana suku pertama 2024

BySalasiah Safian

KUCHING, 29 Nov: Baki seramai 60 Ketua Isi Rumah (KIR) Fasa Pertama bagi Projek Pembangunan Darul Hana akan dipindahkan ke Darul Hana pada suku pertama tahun 2024.

Menurut Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, setakat 31 Oktober 2023, seramai 258 KIR telah berpindah ke Darul Hana.

Menurutnya, manakala Fasa Kedua akan melibatkan sejumlah 253 KIR dari Kampung Pulo Ulu juga akan berpindah ke Darul Hana suku kedua tahun 2023.

“Di bawah Pembangunan Darul Hana Fasa 1, Kerajaan juga mengambil kira keperluan Ketua Keluarga Tambahan (KKT) dengan menyediakan rumah kediaman di Sungai Bedaun yang boleh menempatkan seramai 209 KKT dari Kampung Semarang, Kampung Panglima Seman Lama dan Kampung Pulo Ulo,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Selain itu, katanya, Projek Pembangunan Semula Kampung Datu, Sibu juga semakin rancak dilaksanakan di mana sejumlah 251 unit rumah di Kampung Datu Baru dan Kemuyang telah sedia untuk ditawarkan kepada 239 KIR dari Kampung Datu, sebahagian Kampung Baharu dan sebahagian Kampung Hilir, Sibu yang akan berpindah pada suku kedua tahun 2024.

“Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RM Ke-12) telah memperuntukkan kos siling berjumlah RM601 juta untuk melaksanakan 14 projek sambungan dan tiga projek baharu di bawah Program Pembaharuan Bandar.

“Ini adalah inisiatif berterusan kerajaan dalam meningkatkan taraf dan kualiti hidup rakyat selaras dengan hala tuju Sarawak maju menjelang 2030,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan