Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Foto: TVS

DUN: 1,118,851 hektar tanah NCR telah diukur – Awang Tengah

ByAkma Salleh

KUCHING, 29 Nov: Lebih kurang 1,118,851 hektar atau 2,764,681 ekar tanah berjaya diukur menerusi inisiatif baharu Program Pengukuran Tanah (NCR) yang dilaksanakan pada 2010 setakat 31 Oktober 2023.

Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, tanah tersebut diukur secara perimeter dan seluas lebih kurang 867,516 hektar atau 2,143,632 ekar daripadanya telahpun diwartakan sebagai Rizab Komunal Bumiputera (Pertanian) di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Sarawak.

“Pewartaan untuk baki kawasan yang telah diukur secara perimeter akan dilaksanakan secara berterusan,” katanya ketika penggulungan perbahasan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Awang Tengah berkata, sehingga 31 Oktober 2023 juga, sebanyak 77,954 lot individu telah berjaya diukur yang melibatkan kawasan seluas 94,979 hektar atau 234,693 ekar yang telah dan akan dikeluarkan surat hak milik tanah di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak.

“Bagi mempercepatkan pengukuran lot individu tanah NCR ini, penuntut tanah hendaklah hadir semasa pengukuran di lapangan, menandakan sempadan tanah mereka dengan jelas dan mengelak pertikaian dalam membuat tuntutan agar pengukuran berjalan dengan lebih lancar,” jelasnya.

Tegasnya, Kerajaan Sarawak komited dalam memastikan kelangsungan program ini dan akan terus menyediakan dana yang diperlukan di samping dana yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan.

Untuk rekod, pengukuran dan pengeluaran surat hak milik tanah NCR telah dilaksanakan sejak tahun 1960-an khususnya melalui Operasi Penyelesaian (Settlement Operation) selaras dengan Bahagian V Kanun Tanah Sarawak Bab 81. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan