Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden Republik Indonesia, Dr Ma’ruf Amin hari ini. Foto: TVS

Abang Johari adakan pertemuan dengan Naib Presiden Indonesia

ByFebbright James

KUCHING, 29 Nov: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden Republik Indonesia, Dr Ma’ruf Amin di sebuah hotel di sini, hari ini.

Pertemuan yang berlangsung selama 40 minit bertujuan membincangkan beberapa perkara.

Dalam pada itu, Ma’ruf Amin turut mengadakan pertemuan dengan masyarakat Indonesia di Sarawak untuk mendengar input daripada komuniti tersebut.

Turut hadir ialah isteri Premier, Puan Sri Datuk Amar Hajah Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi dan Timbalan Menteri di Pejabat Premier Sarawak (Integriti Dan Ombudsman) Dato’ Murshid Diraja Dr. Juanda Jaya.

Profesor Dr Ma’ruf Amin selamat tiba di Kuching pada selasa bagi mewakili Presiden Republik Indonesia, Joko Widodo dalam Forum Perniagaan Muslim Global (GMBF) 2023.

Terdahulu malam tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan daripada Naib Presiden Republik Indonesia, Dr Ma’ruf Amin di sebuah hotel terkemuka di Kuching.

Anwar berkata, perkara yang dibincangkan ialah langkah untuk mengukuhkan tekad dan muafakat antara dua negara serumpun, selain pelbagai isu yang menjadi kepentingan bersama antaranya pelaburan, perdagangan serta tenaga kerja Indonesia.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan