Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Dr. Sim Kui Hian. Foto, Lorenzo Isaac (TVS).

DUN: “Mana janji anda untuk iktiraf UEC?” – Dr Sim persoal DAP Sarawak

ByMuqri Aziz

KUCHING, 28 Nov: Timbalan Premier Sarawak mempersoalkan Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak melalui Pakatan Harapan (PH) janji mereka untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) yang tercatat dalam manifesto mereka.

Dr Sim yang juga Pengerusi Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) juga berkata, betapa pentingnya ahli-ahli parlimen dari Sarawak untuk memperjuangkan pembangunan negeri Sarawak di dalam Parlimen Malaysia dan menggesa untuk janji pilihan raya untuk rakyat Sarawak.

“Utamakan Sarawak mungkin bersifat kenegerian tetapi ia bukanlah satu diskriminasi sebagaimana yang dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan dan pengundi Sarawak mahu wakil rakyat Sarawak untuk lantang bersuara pemperjuangkan pembangunan negeri.

“ADUN Padungan dan Pending mungkin boleh jelaskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ini mengenai janji mereka untuk mengiktiraf UEC,” katanya dalam ucapan penggulungan di DUN Sarawak di sini, hari ini.

Beliau berkata, kepimpinan Premier Sarawak merangkap Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berjaya menepis dakwaan mereka yang menyatakan Sarawak bakal bankrap dalam masa tiga tahun sebaliknya berjaya meningkatkan pendapatannya daripada RM5.8 bilion pada 2018 kepada RM12.7 bilion pada tahun seterusnya.

Hasil daripada itu, Dr Sim berkata, rakyat Sarawak kini bangga menjadi rakyat Sarawak kerana dipandang tinggi oleh negeri lain kerana dijadikan sebagai contoh kepada apa yang sepatutnya Malaysia kecapi.

“Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Besar Terengganu telah melawat dan belajar daripada Sarawak dan pada masa sama Perdana Menteri juga telah menjemput Abang Johari untuk berkongsi ramuan kejayaan Sarawak dengan Kabinet Kerajaan Pusat dalam mesyuarat kabinet serta persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri.

“Malangnya, DAP Sarawak tidak menyatakan kebanggan mereka dan sebaliknya menggunakan taktik lama untuk melemparkan tuduhan tidak berasas dan palsu. Mungkin tiba masanya jawatankuasa DUN Sarawak untuk menyiasat tuduhan dan bersifat jahat oleh ADUN Pending dan ADUN Padungan,” tegasnya lagi.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada semua wakil rakyat Sarawak sama ada di DUN Sarawak mahupun Parlimen untuk bersama-sama menyokong seruan Premier Sarawak menggesa mendapatkan peruntukan lebih besar daripada kerajaan pusat, mempercepatkan pelaksanaan Autonomi Kesihatan dan Pendidikan serta hasil cukai lebih besar daripada Sarawak di bawah Perlembagaan Persekutuan 112 (D).

Bukan itu sahaja, menggesa bilangan 1/3 Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak dan kesemua isu tertunggak yang disenaraikan di bawah Perjanjian Malaysia (MA) 1963 dan Laporan IGC yang akhirnya telah dipinda perlembagaannya pada Disember 2021. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan