Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak merekodkan penurunan dalam bilangan kes kehamilan remaja iaitu sebanyak 1,760 kes setakat Oktober lepas berbanding 2,481 kes pada tahun 2016. Foto hiasan: Envato

DUN: Kes kehamilan remaja di Sarawak menurun, hasil pelbagai inisiatif OSTPC

KUCHING, 28 Nov: Sarawak merekodkan penurunan dalam bilangan kes kehamilan remaja iaitu sebanyak 1,760 kes setakat Oktober lepas berbanding 2,481 kes pada tahun 2016.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata Jawatankuasa Sehenti Kehamilan Remaja (OSTPC) memainkan peranan yang penting dalam penurunan kes kehamilan remaja.

Ujar beliau, pendekatan yang mengutamakan kesejahteraan masyarakat memainkan faktor dalam menangani isu dan masalah sosial di Sarawak.

“Ini adalah melalui kerjasama para ahli jawatankuasa yang telah melaksanakan 66 program intervensi sosial bersepadu seperti Kesedaran dan Advokasi Pendidikan Sosial (KAPS) di sekolah dan dalam komuniti sejak tahun 2016,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Sementara itu tambah beliau, kementeriannya turut mencatatkan peningkatan dari segi nisbah tingkah laku mencari bantuan untuk penggunaan substans dan gangguan penggunaan substans iaitu dari seorang dari 10 pelaku pada 2016 kepada seorang dari lima pelaku pada 2022.

“Nisbah ini lebih baik daripada indeks antarabangsa (seorang dari enam pelaku) yang dilaporkan oleh Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC).

Selain itu, antara inisiatif yang diadakan adalah untuk menyediakan akses mudah kepada rawatan dan perkhidmatan sokongan pemulihan bagi mereka yang terjejas oleh substans, 20 Pusat Sehenti Bagi Penagihan (OSCA) di klinik-klinik kesihatan dan dua Pusat Intervensi dan Pembangunan Komuniti (CDIC) telah ditubuhkan di Bau dan Dalat.

“Selain itu, terdapat peningkatan sebanyak 39 peratus dalam individu yang mencari bantuan menangani masalah kesihatan mental dari 41,920 kes pada tahun 2019 kepada 58,207 kes pada tahun 2022,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan