KUCHING, 28 Nov: Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Bakat Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menzahirkan rasa bangganya dengan kejayaan para atlet Sarawak di peringkat kejohanan antarabangsa hingga menempah tempat ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Bahkan beliau mengakui tidak menyangka atlet wanita Sarawak seperti Philomena Dexclyn Siar yang berjaya memenangi pingat emas pada Kejohanan Asia Bina Badan dan Fizik 2023 di Kathmandu, Nepal dan pingat emas pada Kejohanan Dunia Bina Badan dan Fizik Ke-14 di Korea Selatan.
“Sementara itu, Kilat Boy atau Daeloniel McDelon Bong @ Muhammad Asyraf Abdullah yang menjadi peninju pertama Sarawak yang memegang gelaran Bantamweight Persekutuan Tinju Asia di Bangkok, Thailand, baru-baru ini.
“Bukan itu sahaja, Bertrand Rhodict Lises telah melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024 yang mana beliau telah memenangi pingat gangsa pada 10 Meter Platform Sync Lelaki dan pingat perak untuk 10 Meter Platform Lelaki Individu di Sukan Asian Ke-19 di Hangzhou, China,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.
Antara lain turut mendapat perhatian Abdul Karim juga ialah Dato Pandalela Rinong merangkul pingat gangsa pada 10 Meter Platform (Individu dan Berkumpulan) pada Sukan Asia Ke-19, Jojo atau Muhammad Johan Ghazali Zulfikar yang menjadi altet Muay Thai paling termuda memenangi 4 pertarungan dalam Kejohanan ONE dan telah menerima kontrak berjumlah US100,000 oleh ONE Championship dan Cherry Yeo Xiao Wei yang merangkul tiga pingat emas pada Mallorca Dance Festival di Calvia, Sepanyol. – TVS