Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sirai Daha (empat kiri), Datuk Sebastian Ting Chiew Yew (tiga kiri) dan Dato Gerald Rentap Jabu (dua kiri) menghadiri Majlis Penutupan Pesta Tuak Borneo 2023 di The Hills, Kuching, petang semalam. Foto, TVS.

Pesta Tuak Borneo 2023, usaha pelihara warisan tuak

KUCHING, 27 Nov: Pesta Tuak Borneo 2023 yang diadakan mulai 24 November lalu berakhir semalam, menyajikan lebih 30 jenis tuak menjadi platform penting usaha bagi memelihara warisan tuak agar tidak hilang ditelan zaman.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Stephen Rundi Utom melalui teks ucapan yang dibaca Setiausaha Tetap Kementeriannya, Sirai Daha berkata, ceramah dan perbincangan panel bagi Tuak Tales: Practices Across Generations, Cultures and Ethnic Groups pada pesta tersebut turut membuka mata masyarakat mengenai keunikan warisan tuak, sekali gus menggalakkan pertukaran ilmu antara satu sama lain.

“Pemeliharaan warisan tuak ini dilakukan bukan kerana ia adalah tanggungjawab kita tetapi bagi mengekalkan keistimewaan tuak dalam kalangan masyarakat kita. Pada pesta ini menghidangkan lebih 30 jenis tuak dari seluruh Sarawak termasuklah dari Kuala Lumpur.

“Perbincangan yang dianjurkan juga menjadi platform bagi meneroka potensi global dan inovasi dalam industri tuak termasuk bioteknologi tuak dan tuak berperisa. Penganjuran pesta ini juga menggalakkan pertukaran ilmu yang mendalam terhadap warisan kita dan meletakkan tuak sebagai duta budaya Sarawak,” katanya pada Majlis Penutupan Pesta Tuak Borneo 2023 di The Hills di sini, petang semalam.

Ujarnya lagi, beliau turut berharap akan menginovasikan tuak dengan mempelbagaikan jenis perisa tuak lagi seiring dengan peredaran zaman bagi menarik perhatian masyarakat.

“Sekarang ada banyak jenis perisa tuak, ada yang berperisa nenas, ubi kayu, ubi manis dan banyak lagi. Saya berharap masyarakat kita dapat mempelbagaikan lagi perisa tuak kita,” katanya lagi.

Pesta ini adalah anjuran bersama Culinary Heritage and Arts Society Sarawak (CHASS), The Hills Kuching, Wat Sarawak dan Retrospective Discovery LLP dengan kerjasama Yayasan Tun Jugah dan wakil dari masyarakat Bidayuh dan Orang Ulu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan