Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn. Foto: TVS

DUN: Penilaian standard pembelajaran dijadual bermula 2025

ByNazirah Adlina

KUCHING, 27 Nov: Penilaian standard pembelajaran bagi murid tahun enam dan pelajar tingkatan tiga dijangka akan dimulakan pada 2025.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn menyatakan, cadangan yang diutarakan bagi penilaian tersebut masih lagi dalam perbincangan dan pelaksanaannya akan turut dibantu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Kami sedang mengusahakannya. Tumpuan kami adalah pada subjek Program Dwibahasa (DLP) iaitu subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris.

“Kami melibatkan diri dengan pegawai dan pakar dalam semua perkara. Suka saya kongsikan bahawa langkah itu mendapat reaksi yang positif dan ramai yang menyokongnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Menjelas lanjut Roland memberitahu penilaian tersebut adalah penting kerana ia akan berfungsi sebagai satu cara untuk mengukur keberkesanan DLP, selaras dengan inisiatif lain yang dilaksanakan untuk meningkatkan penglibatan dalam Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM).

Dalam pada itu, beliau turut memberi keyakinan bahawa penilaian tersebut tidak akan menyebabkan sebarang tekanan kepada pihak yang terlibat.

“Penilaian yang dicadangkan tidak akan menyebabkan tekanan yang tidak wajar kepada semua pihak, pelajar, guru, pihak sekolah dan ibu bapa,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan