Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mengadakan lawatan ke Kilang Hwah Yang Agro Industries Sdn Bhd, di Jalan Kuching-Serian, sempena program Trek Komoditi Zon Sarawak 2023, pada Ahad. Foto: Zaim Zharfan (TVS)
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mengadakan lawatan ke Kilang Hwah Yang Agro Industries Sdn Bhd, di Jalan Kuching-Serian, sempena program Trek Komoditi Zon Sarawak 2023, pada Ahad. Foto: Zaim Zharfan (TVS)

Pekebun kecil disaran beralih ke sektor getah, tingkat mutu pengeluaran – Fadillah

ByAhmad Burhanuddin

PADAWAN, 27 Nov: Pengeluar tempatan dalam sektor getah hanya mampu membekalkan 50 peratus secara maksimum hasil getah menyebabkan negara setakat ini amat bergantung kepada import getah dari luar negara terutamanya dari Afrika.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pengusaha industri getah di negara ini masih berpeluang meningkatkan mutu pengeluaran getah dan pada masa sama menggalakkan pekebun kecil beralih semula ke dalam industri berkenaan.

“Saya harap Sarawak Rubber Industry Board (SARIB) bersama dengan Lembaga Getah Malaysia dapat mencari jalan dan cara untuk membantu, walaupun kita sudah ada insentif pengeluaran getah dengan harga lantai ditetapkan pada harga RM3.00.

“Namun, sudah pasti cabarannya adalah bagaimana kita hendak memperkenalkan teknologi baharu dalam pengeluaran getah kerana untuk menghasilkan getah ini, ia memerlukan tenaga kerja yang agak ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa mengadakan lawatan ke Kilang Hwah Yang Agro Industries Sdn Bhd, sempena program Trek Komoditi Zon Sarawak 2023 anjuran Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, Malaysia mengimport hasil getah dari luar negara sebanyak kira-kira RM3 bilion dalam tempoh satu tahun.

“Maknanya, jika lebih banyak pengeluaran getah tempatan dihasilkan, sudah pasti kita dapat mengelak daripada terkeluarnya aliran duit tunai ke luar negara.

“Langkah ini dilihat dapat menyokong dan membantu industri tempatan kita dalam usaha untuk meningkatkan hasilan getah mereka kepada ‘downstream’ ataupun sekurang-kurangnya sehingga ‘midstream’, sebab ia turut akan dieksport ke luar negara,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Martin Ben dan Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan