Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Mancha Ata (tengah) bercakap pada sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak hari ini. Foto, TVS.

GMBF 2023: PM hadir, polis Sarawak siap siaga tingkat kawalan keselamatan

KUCHING, 27 Nov: Polis Sarawak siap siaga mengawal keselamatan dengan mengerahkan seramai 559 orang anggota polis pada Forum Perniagaan Muslim Global (GMBF) yang bermula esok, 28 hingga 30 November di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) di sini.

Inisiatif itu menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha mempertanggungjawabkan 70 orang pegawai kanan dan 489 pegawai rendah polis dalam memastikan keselamatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hadir pada GMBF edisi kedua itu.

“Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, wakil Presiden Republik Indonesia, Naib Presiden, Professor Dr KH Ma’ruf Amin, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menteri-menteri, duta-duta dari dalam dan luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini pada Isnin.

Mancha dalam pada itu menasihati masyarakat agar memberi kerjasama sepenuhnya bagi memastikan program berkenaan berjalan dengan lancar dan selamat

Menurutnya, GMBF bertujuan untuk membincangkan dialog dan wacana berkait ekonomi Islam sekali gus meneroka amalan terbaik dan inovatif dalam pelbagai domain seperti kewangan Islam, tenologi hijau dan pertanian.

“Forum ini juga adalah untuk merapatkan hubungan perniagaan dunia Islam dengan menjalin hubungan perniagaan dan perkongsian yang lebih kukuh di seluruh dunia,” katanya.

Jelasnya lagi, sebanyak 48 negara dari benua Eropah Amerika Utara, Timur Tengah, Asia, Afrika dan Australia akan hadir ke forum ini yang melibatkan 718 orang peserta termasuk moderator dan speaker. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan