Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Petroleum Sarawak Berhad (PETROS). Photo, TVS.

DUN: Tiada isu dalam pengambilalihan pengedaran tunggal LPG oleh PETROSNiaga

ByDouglas Elliot

KUCHING, 27 Nov: Tidak timbul isu kehilangan pekerjaan dalam pengambilalihan operasi pengedaran tunggal Gas Petroleum Cecair (LPG) oleh PETROSNiaga berkuat kuasa 1 Disember ini.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, proses peralihan ini sama seperti pengambilalihan operasi oleh MYGAZ Sdn. Bhd. daripada SHELL pada tahun 2013.

“Sebanyak 16 pembekal yang bernaung di bawah MYGAZ sebelum ini, pada bila-bila masa boleh beralih kepada PETROSNiaga untuk mendapatkan bekalan Gas LPG bersubsidi.

“Kementerian saya amat yakin, PETROSNiaga dengan kekuatan sebanyak 65 pembekal serta 280 wakil pembekal akan memberi peluang pekerjaan kepada ribuan rakyat Sarawak,” katanya pada sesi penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Ujar Julaihi, kini adalah masa yang tepat untuk anak syarikat milik kerajaan Sarawak dilantik sebagai pengedar gas LPG bersubsidi di Sarawak berikutan lesen MYGAZ yang akan tamat pada 30 November ini.

Terdahulu, kementeriannya telah memutuskan untuk tidak memperbaharui lesen LPG bersubsidi untuk MYGAZ bagi membolehkan PETROSNiaga menjadi pengedar tunggal bagi pasaran LPG bersubsidi melibatkan lebih 700 ribu silinder gas di seluruh Sarawak.

“Kementerian saya percaya keupayaan PETROSNiaga untuk memastikan bekalan gas LPG bersubsidi adalah mencukupi serta mampu mengekalkan standard perkhidmatan yang tinggi dan sekali gus menyumbang kepada kesejahteraan ekonomi Sarawak,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan