Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi ketika mendengar taklimat semasa mengadakan lawatan di tapak dua daripada projek bekalan air di Bintulu. Foto: Facebook Julaihi Narawi

DUN: Tangani isu kelewatan 13 projek bekalan air di Sarawak – Julaihi

ByNazirah Adlina

KUCHING, 27 Nov: Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi mahu Kerajaan Persekutuan memberi perhatian serius terhadap isu kelewatan 13 projek bekalan air biayaan persekutuan di Sarawak.

Julaihi berkata, 13 projek tersebut telah diluluskan pada 2016 namun masih lagi dalam peringkat pra kontrak dan belum dimulakan.

“Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah melaksanakan beberapa projek bekalan air di luar bandar Sarawak.

“Kesemua urusan pelantikan perunding, Makmal Pengurusan Nilai (Value Management Lab), pelawaan tender, penilaian tender dan penganugerahan kontrak adalah diuruskan oleh pihak persekutuan melalui KKDW,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, banyak projek lewat dilaksanakan kerana kerenah birokrasi dan prosedur yang panjang.

Selain itu Julaihi memberitahu dalam perbahasannya, kelewatan tersebut telah menyebabkan projek yang dirancang tidak dapat dilaksanakan mengikut jadual seperti yang digariskan dalam Pelan Induk Bekalan Air dan Grid Air Sarawak.

“Ini memberi kesan kepada rakyat Sarawak yang masih menunggu bekalan air terawat di kawasan masing-masing,” ujarnya.

Justeru, beliau menyeru Kerajaan Pesekutuan untuk menyegerakan pelaksanaan projek-projek itu  agar rakyat dapat menikmati bekalan air seperti yang dirancang.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan