Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi Photo, TVS.

DUN: SMA akan bina aplikasi digital tangani isu izin lalu (way leave)

ByDouglas Elliot

KUCHING, 27 Nov: Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak menerusi pihak Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) akan membangunkan aplikasi digital bagi permohonan izin lalu (way leave) dalam pelaksanaan projek telekomunikasi di Sarawak.

Menterinya, Dato Sri Julaihi Narawi berkata inisiatif berkenaan bertujuan untuk memastikan urusan permohonan izin lalu dapat diproses dengan lebih efisien dan efektif.

“Ini merupakan langkah bagi menangani isu izin lalu yang kerap dihadapi dalam melaksanakan projek utiliti dan telekomunikasi.

“Ini boleh mengurangkan masalah izin lalu seterusnya memastikan projek dapat dilaksanakan tanpa kelewatan,” katanya pada sesi penggulungan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Menurutnya, pindaan Rang Undang-Undang Elektrik (Pindaan) 2023 yang telah diluluskan secara langsung membenarkan Sarawak Energy sebagai pemegang lesen elektrik untuk memasuki lokasi tapak bagi tujuan kerja-kerja pelaksanaan, pembaikan dan penyelenggaraan projek-projek elektrik.

“Sistem aplikasi digital ini kelak akan diperluas untuk pelaksanaan projek bekalan air dan elektrik,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan