KUCHING, 27 Nov: Sarawak berhasrat untuk menyediakan perkhidmatan bas bilateral antara Kuching dan Singkawang, Indonesia bermula 1 Disember depan.
Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin berkata permohonan berkaitan perkara itu telahpun dilakukan bagi menempatkan perkhidmatan bas di sempadan kedua-dua negara.
“Tetapi (kami) masih memohon dua bas seperti bas kuching-pontianak yang boleh terus dari kuching sampai ke Singkawang dan Singkawang boleh terus sampai ke kuching.
“Bas bilateral dari Singkawang Indonesia boleh terus ke Kuching dan bas Kuching boleh terus sampai ke Singkawang. Ini juga satu perkara yang kita sedang usahakan dan kita akan bermula dengan sempadan dahulu,” katanya pda sidang media di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.
Lee dalam pada itu meyakini dengan adanya perkhidmatan bas tersebut, ia berupaya meningkatkan ekonomi, perniagaan, serta industry pelancongan kedua-dua lokasi berkaitan. – TVS