Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan. Foto, Envato.

DUN: Sarawak jamin kestabilan kapasiti bekalan elektrik, tidak hanya bergantung kuasa hidro

KUCHING, 27 Nov: Kerajaan Sarawak komited menjamin kestabilan kapasiti bekalan elektrik di Sarawak menjelang 2030.

Menteri Utiliti dan Komunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi menegaskan pihaknya juga tidak mengehadkan penggunaan campuran kapasiti kepada sumber penjanaan sahaja.

Beliau menegaskan sekiranya berlaku kekangan kepada salah satu sumber campuran penjanaan tersebut, ia akan terdedah kepada risiko kekurangan kapasiti penjanaan kuasa terutama pada musim kemarau.

“Sekiranya kita hanya bergantung sepenuhnya dengan punca kuasa hidro, ia akan mendedahkan kita kepada risiko kekurangan kapasiti penjanaan kuasa terutama semasa musim kemarau.

“Justeru, penjanaan tenaga menggunakan bahan api termal (fossil fuel) seperti gas asli, arang batu dan diesel masih perlu dikekalkan untuk menjamin bekalan tenaga yang mencukupi (energy security),” katanya dalam ucapan penggulungan di Persidangan Dewan Undangan Negeri  (DUN) Sarawak, pada Isnin.

Tambah Julaihi, penggunaan gas asli untuk penjanaan elektrik secara perbandingan adalah lebih bersih daripada bahan api termal yang lain seperti arang batu dan diesel merujuk kepada Sarawak Energy Annual Sustainability Report 2021.

“Merujuk kepada Sarawak Energy Annual Sustainabilty Report 2021, carbon emission intensity bagi gas asli adalah 0.54 tan CO2 per Megawatt Hour (MWh), berbanding dengan arang batu, iaitu 1.13 tan CO2 per Megawatt Hour (MWh). Ini menunjukkan penjanaan elektrik daripada gas asli melepaskan 52 peratus lebih rendah karbon jika dibandingkan dengan arang batu.

“Ini bermakna penggunaan gas asli adalah lebih bersih daripada bahan api termal (fossil fuel) yang lain.

Jelas Julaihi, bedasarkan fakta yang dinyatakan adalah tidak tepat mengatakan bahawa tenaga yang dihasilkan daripada gas asli adalah sumber tenaga yang kurang bersih.

“Apa yang penting ialah, kita menggunakan tenaga daripada generation mix yang sebahagian besarnya daripada tenaga boleh diperbaharui,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan