Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan, Envato.

DUN: RM591.2 juta diperuntuk laksana 101 projek bekalan air

ByAdlina Rahman

KUCHING, 27 Nov: Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan sejumlah RM591.2 juta bagi pelaksanaan sebanyak 101 projek bekalan air di Sarawak di bawah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RM Ke-12).

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, kelulusan peruntukan tersebut merupakan manifestasi kerajaan negeri meluaskan liputan serta menambah baik kemudahan bekalan air di seluruh Sarawak.

“Pelaksanaan 101 projek bekalan air tersebut merangkumi 37 projek sambungan dan 64 projek baharu.

Pelaksanaan projek-projek ini adalah bagi memastikan kita mempunyai rizab margin (reserve margin) air yang mencukupi pada kadar minimum 20 peratus daripada kapasiti loji rawatan air,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan bagi  kementeriannya pada  Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Sementara itu, Julaihi turut memberitahu sebanyak RM20 bilion dianggar diperlukan untuk melaksana kesemua projek bekalan air, bagi memenuhi permintaan bekalan bagi jangka masa panjang.

Setakat suku ketiga 2023, liputan bekalan air di seluruh Sarawak ialah 84.2 peratus manakala 68.2 peratus untuk kawasan luar bandar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan