Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai. Photo, TVS.

DUN: Kerajaan Sarawak mudahkan proses permohonan status Bumiputera

ByDouglas Elliot

KUCHING, 27 Nov: Kerajaan Sarawak telah memudahkan syarat dan proses untuk permohonan status Bumiputera di bawah Ordinan Tafsiran (Pindaan) 2022.

Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai berkata terdapat dua cara yang dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak untuk memudahkan permohonan tersebut.

Menurutnya, langkah pertama adalah, status Bumiputera Sarawak hanya akan diberikan melalui permohonan di hadapan Residen Mahkamah Bumiputera menurut Ordinan Mahkamah Bumiputera 1992.

“Ia merupakan satu proses yang panjang dan pemohon mesti memenuhi syarat tertentu yang diperuntukkan di bawah Kaedah-Kaedah Mahkamah Bumiputera 1993 seperti mahir dalam bahasa dan mengamalkan atau mematuhi adat resam dan budaya masyarakat Bumiputera itu,” katanya dalam ucapan penggulungan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Setelah Ordinan Tafsiran (Pindaan) 2022 berkuat kuasa pada 1 November 2023, John memberitahu pemohon mempunyai cara yang lebih mudah untuk memohon pengiktirafan Bumiputera Sarawak.

Sementara itu ujarnya, tiga syarat untuk diiktiraf sebagai anak jati Sarawak adalah individu tersebut mestilah warganegara Malaysia, anak kandung kepada anak jati Sarawak dan salah seorang daripada ibu bapa adalah anak jati Sarawak selaras dengan Ordinan Tafsiran (Pindaan) 2022.

“Pemohon juga perlu mengemukakan permohonan mereka di mana-mana Pejabat Daerah di seluruh Sarawak,” katanya.

Manakala, John menjelaskan permohonan untuk bayi yang baru lahir boleh dibuat oleh ibu bapa kandungnya.

Terdahulu pada 2022, DUN Sarawak meluluskan Rang Undang-undang Tafsiran (Pindaan) 2022, yang antara lain mengiktiraf anak hasil perkahwinan campur sebagai anak jati walaupun hanya salah seorang daripada ibu bapa anak jati Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan