Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi pada sesi penggulungan perbahasan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini. Foto: TVS

DUN: Kementerian Utiliti dan Komunikasi rugi RM20 juta setahun akibat vandalisme

KUCHING, 27 Nov: Kementerian Utiliti dan Komunikasi merekodkan kerugian sebanyak RM20 juta setahun akibat aktiviti vandalisme.

Menterinya, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, antara cabaran utama yang dihadapi kementerian itu ialah masalah vandalisme yang menyebabkan gangguan perkhidmatan utiliti dan komunikasi.

“Kes yang terburuk berlaku antaranya melibatkan kecurian kabel yang menyebabkan keseluruhan struktur menara telekomunikasi terbakar di kawasan Paya Mebi Landeh, Kuching.

“Menara ini adalah menara kategori kolektor yang menghubungkan 11 menara lain di kawasan Landeh, Padawan, Siburan dan Bau yang mengakibatkan terputusnya perkhidmatan telekomunikasi di kawasan tersebut. Banyak lagi kes- kes lain seumpama ini berlaku di seluruh Sarawak,” katanya pada sesi penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Tambah Julaihi, bagi memerangi kegiatan vandalisme pihaknya telah melaksanakan aktiviti penguatkuasaan terhadap kegiatan vandalisme seperti kecurian peralatan telekomunikasi, air dan elektrik.

“Di samping itu, kementerian kita juga telah melancarkan Kempen Anti Vandalisme di sekolah menengah terpilih di Sarawak dengan kerjasama agensi yang berkaitan.

“Kempen ini bertujuan untuk memberi kesedaran awal tentang kesan buruk vandalisme kepada masyarakat. Pada tahun ini, kementerian saya telah melaksanakan kempen di tiga buah sekolah terpilih di Kuching, Sematan dan Sibu yang melibatkan hampir 700 orang pelajar,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan