Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Malaysia catat perbelanjaan terendah bagi pendidikan pra-persekolahan iaitu 0.15 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada 2017 berbanding negara lain yang berpendapatan sederhana atas dan tinggi. Foto hiasan Envato

DUN: 198 sekolah daif siap dibaik pulih, 309 dalam pelaksanaan

ByDouglas Elliot

KUCHING, 27 Nov: Sebanyak 198 sekolah daif di Sarawak kini telah siap dibaik pulih dan dinaik taraf, kata Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn.

Dalam ucapan penggulungannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini, beliau berkata, 309 sekolah lagi masih dalam pelbagai peringkat pelaksanaan.

“Pada penubuhan Kementerian saya pada 2017, sebanyak 1,020 sekolah daif dikenal pasti di bawah tiga kategori utama iaitu Kategori 1 dengan 395 sekolah, Kategori 2 (210 sekolah) dan Kategori 3 dengan 415 sekolah.”

Bagaimanapun pada 2019, beliau berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menakrif semula kategori bangunan daif kepada skala dari 1 hingga 7 – dengan skala 6 dan 7 sebagai bangunan paling teruk.

“Mengikut takrifan semula ini, sebanyak 461 kini di bawah skala 6 dan 7. Kategori ini akan diberi keutamaan untuk kerja-kerja pembaikan dan naik taraf,” katanya.

Tambahnya, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg juga telah meluluskan peruntukan untuk menempatkan dan membangunkan semula sekolah-sekolah di luar bandar.

“Ia termasuk SK Ulu Segan, Bintulu; SK Maludam, Betong; SK Kampung Penasu, Daro dan SK Pulo, Kuching.

“Dana juga diperuntukkan untuk menaik taraf dan menambah baik bangunan dan kemudahan di SK Merpati Jepang, Kuching; SK Abang Aing, Sri Aman; SMK Tun Abang Haji Openg, Kuching; dan SK Sageng serta SMK Gedong, Simunjan,” katanya.

Beliau turut memberitahu pemberita dalam sidang akhbar bahawa beberapa sekolah dipindahkan atas sebab keselamatan kerana lokasinya yang berdekatan dengan tebingan sungai. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan