Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh apabila sebuah trak pikap merempuh orang ramai yang menghadiri Festival Krathin di Thailand semalam. Foto hiasan, Envato.

Thailand: Rempuhan di Festival Krathin ragut 9 nyawa, puluhan lagi cedera

ByBernama

BANGKOK, 26 Nov: Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh manakala berpuluh-puluh lagi cedera apabila sebuah trak pikap merempuh orang ramai yang menghadiri Festival Krathin di Phrai Bueng, wilayah Si Sa Ket, timur laut Thailand pada Sabtu.

Dalam insiden yang berlaku pada 10.15 malam (waktu tempatan) itu, kira-kira 15 buah motosikal turut rosak akibat dirempuh pikap berkenaan.

Penyiasat Balai Polis Phrai Bueng, Kapten Noppadon Inthong, berkata pemandu berusia 37 tahun itu, hilang kawalan ke atas kenderaannya, merempuh motosikal berhampiran sebuah kuil ketika sebuah filem sedang ditayangkan di tempat terbuka.

Pemandu itu yang didapati memandu di bawah pengaruh alkohol ditahan di tempat kejadian.

Ujian kandungan alkohol mendapati tahap alkohol suspek melebihi paras yang dibenarkan iaitu 0.24 peratus.

“Trak pikap merempuh motosikal yang diparkir dan orang ramai yang berada di situ. Tujuh orang meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua mangsa yang parah meninggal dunia di hospital.

“Lebih 10 individu cedera dan mereka sedang menerima rawatan di hospital berhampiran,” katanya.

Sementara itu, menurut laporan media tempatan pemandu itu hanya cedera ringan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan