Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Wilayah Nakhon Ratchasima, Thailand hari ini digemparkan dengan kes seorang pengantin lelaki mengamuk dan melepaskan tembakan rambang. Foto hiasan, Envato.

Thailand: Atlet paralimpik lepaskan tembakan pada hari perkahwinan, empat maut

ByBernama

BANGKOK, 26 Nov: Seorang pengantin lelaki mengamuk dan melepaskan tembakan rambang mengakibatkan empat orang maut, termasuk pengantin perempuan, sebelum menembak dirinya sendiri pada majlis perkahwinan di wilayah Nakhon Ratchasima, Thailand.

Pengantin lelaki berkenaan merupakan atlet renang paralimpik kebangsaan dan kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11 malam (waktu tempatan) pada Sabtu itu turut menyebabkan seorang lelaki cedera parah.

Atlet berusia 29 tahun itu yang kehilangan kakinya dalam nahas jalan raya sebelum ini pernah memenangi pingat perak dalam Sukan Para ASEAN ke-11 di Indonesia tahun lepas.

Ketua Balai Polis Wang Nam Khiao, Pol Kol Rungroj Tang-amnuay, berkata pengantin lelaki menembak pengantin perempuan berusia 38 tahun, ibunya berusia 60 tahun dan adik perempuannya berusia 37 tahun.

Dua tetamu berusia 50 dan 28 tahun turut cedera terkena peluru sesat dan dikejarkan ke hospital.

Malangnya, lelaki berusia 50 tahun itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Siasatan awal mendapati tragedi berkenaan berlaku akibat pertengkaran antara pasangan pengantin baharu itu.

Akibatnya, pengantin lelaki itu bertindak mengambil sepucuk pistol dari dalam keretanya sebelum melepaskan tembakan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan