Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah melawat gerai peniaga ketika hadir Program Aspirasi Serumpun Seni Budaya Melayu di Pusat Penjaja MPKS Tambirat di sini hari ini. Foto, TVS.

Peniaga di tapak MPKS lama tidak beroperasi berisiko dibatalkan lesen

KOTA SAMARAHAN, 26 Nov: Peniaga ditapak niaga kendalian Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) yang dikesan tidak beroperasi bagi tempoh yang lama berisiko untuk ditarik lesen perniagaan mereka.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, beliau sudah memaklumkan perkara itu kepada MPKS.

“Sekiranya terdapat gerai yang bermasalah dan ditutup pada tempoh yang lama, lesen perniagaan mereka perlu ditarik.

“Tindakan ini turut dilakukan oleh Majlis Perbandaran Sibu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Aspirasi Serumpun Seni Budaya Melayu di Pusat Penjaja MPKS Tambirat di sini hari ini.

Langkah berkenaan kata Abdul Karim dilakukan supaya adil kepada peniaga lain.

“Ini menyukarkan peniaga yang memerlukan ruang niaga namun tidak mendapat lesen kerana kekurangan tempat namun peniaga yang diberikan lesen, tutup operasi mereka untuk tempoh yang lama,” katanya.

Sementara itu Abdul Karim berkata, beliau mahu melihat Kampung Tambirat menjadi destinasi pelancongan bagi pengunjung dalam dan luar Sarawak.

Katanya, Kerajaan Sarawak menyasarkan kampung berkenaan menjadi destinasi wajib singgah pada hujung minggu berikutan tarikan yang terdapat di sini.

Pada masa sama beliau memaklumkan, transformasi luar bandar yang sedang berlaku di Sarawak bermatlamat untuk membangunkan prasarana fizikal serta menyediakan kemudahan asas kepada penduduk.

“Ini sentiasa menjadi keutamaan kepada Kerajaan Sarawak bagi memastikan kelompok ini tidak tertinggal dalam pembangunan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan