Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek melakukan tinjauan sekolah daif di Sarawak pada awal tahun ini. Foto Facebook Fadhlina Sidek.

KPM ambil langkah segera laksana projek pembangunan semula sekolah daif

ByBernama

KUALA LUMPUR, 26 Nov: Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengambil langkah dan tindakan segera bagi memperkasakan pelaksanaan projek pembangunan semula bangunan sekolah daif di seluruh negara.

KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan antara langkah awal diambil termasuk peluasan skop projek kepada semua bangunan dan fasiliti serta penggunaan skor gred impak (skala 1 hingga 7) bagi menentukan senarai keutamaan pelaksanaan projek penggantian bangunan atau fasiliti yang berada pada Skala 7 dan Skala 6.

Parlimen: 79 peratus sekolah daif di Sabah dan Sarawak – Kementerian Pendidikan

Menurut KPM  pelaksanaan itu dibuat susulan mengambil perhatian Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) berkenaan prestasi pelaksanaan projek pembangunan semula bangunan sekolah daif bagi tahun 2022.

“Projek Pembinaan Sekolah Daif merupakan salah satu inisiatif Pasukan Petugas Khas Reformasi Sektor Awam (STAR) bagi menambah baik serta memantapkan proses pelaksanaan projek pembinaan semula bangunan daif di sekolah, seterusnya memastikan penyampaian perkhidmatan pendidikan yang berkualiti,” menurut kenyataan itu.

Parlimen: 79 peratus sekolah daif di Sabah dan Sarawak – Kementerian Pendidikan

Menurut KPM, pada 2023, STAR yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali telah ditubuhkan selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meningkatkan produktiviti sektor awam.

KPM memaklumkan pihaknya juga telah menubuhkan Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Teknikal untuk menyelaras isu pelaksanaan projek di pelbagai peringkat serta melaporkan status semasa projek dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Malaysia MADANI.

Parlimen: 79 peratus sekolah daif di Sabah dan Sarawak – Kementerian Pendidikan

“Langkah proaktif kerajaan telah menunjukkan hasil yang positif di mana setakat November 2023, sebanyak 689 daripada 996 projek pembangunan semula bangunan sekolah daif telah siap sepenuhnya, manakala 120 projek dalam pembinaan dan baki 187 projek lagi berada dalam pelbagai peringkat prabina,” katanya.

Menurut KPM, kementerian itu komited untuk terus memperkasakan pengurusan dan pelaksanaan projek pembangunan semula bangunan sekolah daif demi manfaat seluruh masyarakat, terutamanya warga sekolah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan